Kadar Zakat Fitrah 2013 Negeri Selangor

Posted by beritaon9 - Berita Alternatif Terkini

gambar hiasan

Zakat Fitrah 2013 Negeri Selangor = Kadar bayaran zakat fitrah untuk umat Islam di Selangor pada tahun ini kekal RM7, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Beliau berkata penetapan kadar itu dilakukan selepas mengambil kira harga semasa beras.Mohamad Adzib berkata seramai 2,600 ketua dan penolong amil dilantik bagi memungut zakat fitrah pada bulan Ramadan ini.

"Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat fitrah pada tahun ini RM19 juta daripada 2.7 juta umat Islam yang berada di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan Selasa.

Beliau berkata bayaran boleh dibuat kepada amil di masjid dan surau, selain di 24 kaunter LZS yang ditempatkan di kompleks beli-belah. - BERNAMA
-mstar

Related Post



Post a Comment