Sinopsis Takbur Mama Cerekarama TV3 - Sempena Hari IBU


Mengisahkan Taqifah (Lisdawati) seorang anak yatim yang berkahwin dengan Azman (Fauzi Nawawi). Namun perkahwinannya tidak direstui ibu mentuanya, Sabariah (Norlia Ghani) kerana perbezaan darjat di antara mereka.

Ketika pulang ke rumah, Azman terbabit dalam kemalangan jalan raya dan mengakibatkan dia koma. Ibu mentuanya menuduh Taqifah membawa sial dalam keluarga mereka dan mengambil peluang ini untuk memisahkan Azman dengan Taqifah.

Pelbagai seksaan dilakukan oleh mentuanya terhadap Taqifah yang sarat mengandung, malah dia dikurung ibu mentuanya untuk mengelakkan daripada melawat suaminya.

Menambah derita, ibu mentuanya turut merancang untuk berjumpa bomoh dengan tujuan menghancurkan hidup menantunya itu.

Namun, takdir Tuhan menentukan segalanya apabila niat jahatnya tidak direstui. Ketika dalam perjalanan ke rumah bomoh itu, ibu mentua dan adik iparnya yang turut bersekongkol dalam kerja terkutuk ini terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Pada masa sama, Azman juga menghembuskan nafas terakhirnya dan keadaan Taqifah pula ketika itu amat tenat kerana berlaku pendarahan pada kandungannya.

 Pelakon
Lisdawati, Fauzi Nawawi, Norlia Ghani, Fizz Fairuz, Lana Nordin, Julia Ziegler dan Qazem Nor

11 Mei 2013, jam 10 malam di TV3

No comments:

Post a Comment

Follow us on Facebook

Peringatan & Sumber Rujukan

Pihak beritaon9 tidak akan bertanggungjawab ke atas komen @ pandangan yang diberikan oleh pembaca beritaon9.com.Oleh itu anda disarankan memberi komen secara berhemah, Segala pandangan dan kritikan adalah tanggungjawab anda sendiri.

-Rujukan-

BH Online

myMetro

MalaysiaKini BM

mStar

Kosmo

Utusan

Sinar Harian