Monday, 27 May 2013

Neymar Milik Barcelona

Posted by beritaon9. Category:


Barcelona berbelanja sebanyak 43 juta pound (RM197 juta) untuk memiliki bintang Brazil, Neymar menerusi kontrak lima tahun.

Pemain itu menuju Eropah selepas kelabnya, Santos akhirnya setuju menjual pemain paling laris di Amerika Selatan itu.

Neymar berkata, "Saya telah bercakap perkara ini (perpindahan ke Barcelona) kepada kawan-kawan dan ahli keluarga. Pada Isnin ini saya akan menyertai Barcelona.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Santos kerana sembilan tahun yang hebat di kelab ini."

Neymar, 21, sebelum ini meminta diberikan masa untuk menimbang satu lagi tawaran daripada Real Madrid namun akhirnya dia memilih berpindah ke Nou Camp.

Pembelian itu bakal menyaksikan Neymar berganding dengan Lionel Messi pada bahagian depan Barcelona.

Neymar menjaringkan 138 gol dalam 229 perlawanan sejak membuat kemunculan pertama bersama Santos pada 2009.

Perpindahan Neymar ke Barca disahkan oleh akhbar Sepanyol, El Pais dengan melaporkan naib Presiden kelab itu turut mengesahkan perpindahan pemain itu semalam.

Pada 2011, Neymar mengepalai Santos menjulang trofi Copa Libertadores pertama sejak Pele mewakili kelab itu pada 1960.

Dia juga mengukuhkan namanya di peringkat antarabangsa dengan menjaringkan 20 gol dalam 32 penampilan untuk skuad Brzil.

"Saya, sedih kerana bakal mengucapkan selamat tinggal kepada kelab dan gembira kerana bakal menempuh cabaran baru.

"Saya mahu peluang untuk kembali ke atas padang sekali lagi dan mahu mendengar nama saya dilaungkan," katanya. - AGENSI
-utusan

Related post



0 comments:

Post a Comment

◄ Newer Post Older Post ►
 

Peringatan

Pihak beritaon9 tidak akan bertanggungjawab ke atas komen @ pandangan yang diberikan oleh pembaca beritaon9.com.Oleh itu anda disarankan memberi komen secara berhemah, Segala pandangan dan kritikan adalah tanggungjawab anda sendiri.

Follow by Email

Copyright 2012-2014 All rights reserved.beritaon9 - Berita Alternatif Terkini  Online Users Template by CB Blogger Template. Powered by Blogger